Puding Karamel adalah antara desert yang paling senang dibuat dan boleh dijumpa dimana-mana restoran diseluruh dunia. Saya suka makan desert ni time sejuk keluar daripada peti ais. Dalam blog lama saya pernah poskan gambar puding karamel yang pernah saya buat. http://vlarakhadijah.blogspot.com/2011/02/puding-karamel-for-special-friends.html.
Banyak bahan-bahan sampingan lain yang boleh dicampur sekali tapi ni pilihan lah samada nak ke tak nak..antaranya Heavy Cream, dan serbuk pala untuk bagi rasa kick..Tapi disini cara yang paling senang dan bahan pun tak banyak. Jom kita tengok apa bahan-bahan dia :
Bahan-Bahan
Gula Hangus
1. 1 cawan gula
2. 60 ml air
Kastard
1. 2 cawan susu segar
2. 1/2 cawan gula
3. 6 biji telur
4. sedikit esen vanila
Cara-Cara
1. Untuk membuat gula hangus - Panaskan gula bersama air tadi. Masak diatas api dan terus gaul sehinnga gula berwarna perang, pekat dan bau wangi. (jangan sampai hangus). Matikan api dan tunggu sejuk dalam 3 ke 5 minit. Tuangkan gula pekat tadi sedikit dalam acuan (samada acuan kecil atau besar) sebagai lapisan nipis. Ratakan gula hangus tadi semua dalam semua acuan.
2. Kastard - Masukkan susu dalam periuk, tambah esen vanila gaul sehingga panas. Tutupkan api dan sejukkan dalam 10 minit.
3. Sementara itu pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan adunan ini dalam susu tadi. Gaul samapai sebati.
4. Masukkan adunan kastad kedalam acuan yang telah dilapisi gula hangus tadi.
5. Isikan sedikit air dalam dulang pembakar (kaedah water bath) dan letak acuan-acuan tadi atas air.
6. Masak selama 45 minit dengan kepanasan 160 darjah celcius.
Bila dah masak kena tunggu sejuk dahulu baru boleh makan.
Its all about my simply prepared quick, easy, health and great meals to shared with..my passion, my life, my food with one smile
Labels
Wednesday, 28 January 2015
Sunday, 11 January 2015
Chicken Feet Soup
1. 1/2 kg kaki ayam - potong 2
2. 4 biji bawang putih - ketuk
3. 5 inci halia - ketuk
4. 1 sudu kecil serbuk lada putih
5. 1 batang kulit kayu manis
6. 2 biji bunga lawang
7. 2 keping asam kering
8. 1 kiub pati ayam
9. garam secukup rasa
10. 1 tangkai daun sup hiris2, sedikit bwg goreng dan cili.
Cara-Cara.
1. Masukkan lebih kurang 5 cawan air dalam periuk ( sy gunakan pressure cooker). Masukkan kaki ayam, garam, bawang putih, halia, kulit kayu manis,kiub pati ayam serbul lada putih, bunga lawang dan asam keping. Tutup dan biarkan masak selama 30 hingga 40 minit ( kaki ayam betul-betul lembut).
2. Dah masak terus masukkan sedikit daun sup dan bawang goreng. Terus matikan api.
3. Boleh dihidang bersama cili dan kicap dan juga perahan limau.
Tuesday, 6 January 2015
Pumpkin Apple Muffins
Bahan-Bahan
1. 2 1/2 cawan tepung gandum
2. 2 1/2 cawan gula
3. 1/2 cawan gula perang
4. 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
5. 1 sudu kecil baking soda
6. 1/2 sudu kecil garam
7. 2 biji telur - dipukul
8. 1 cawan puri labu
9. 1/2 cawan minyak masak
10. 2 biji apple hijau - potong dadu
Cara-Cara
1. Campurkan tepung + gula + baking soda + kulit kayu manis + garam.
2. Dalam mangkuk lain campurkan telur + puri labu dan minyak.
3. Campurkan adunna tadi dalam adunan tepung. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan apple dan gaul sebati lagi
5. Sediakan kertas cawan dan masukkan adunan dalam acuan kertas tadi.
6. Bakar 160 to 170 celcius selama 40 minit sampai masak. Dah siap muffin yang lembut dan sedap! Boleh dihidangkan bersama sos karamel.
Monday, 5 January 2015
Mini Pumpkin Pie
Bahan-Bahan
Kulit Pie / Pie Crust
1. 1 cawan setengah tepung gandum
2. 1 sudu kecil garam
3. 1 sudu garam
4. 1/2 cawan butter - disejukkan terlebih dahulu kmudian potong kecil2
5. 1/2 cawan shortening - disejukkna terlebih dahulu kemudian potong kecil2
6. 1/3 cawan air sejuk
Bahan-Bahan diatas campurkan semua dan uli menjadi doh. Tekstur doh mmg akan terasa kasar sbb ketulan utter sejuk td (keulan kecil tu yg akan jadikan kulit pie rangup dan berlapis2). Simpan dalam peti sejuk 30 min hingga 1 jam.
Inti Pie
1. 1/4 cawan gula
2. 1/4 cawan gula perang
3. 1/3 susu pekat manis
4. 4 sudu besar butter
5. 1 biji telur
6. 1 biji kuning telur
7. 1/2 cawan cream
8. 2 sudu besar tepung
9. 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
10. 1/2 sudu kecil esen vanila
11. 1 cawan setengah puri labu - rebus labu sampai lembut dan blend smpi hancur
12. sedikit garam
Cara Membuat
1. Campurkan gula, gula perang, butter dan susu pekat manis. Pukul
2. Masukkan cream, telur, tepung, esen vanila dan serbuk kayu manis. Pukul sekejap
3. Masukkan labu dan pukul hingga sebati.
4. Doh yg telah disejukkan diuli stengah inci tebal. Ambil pemotong bentuk bulat dan tekap.
5. Sediakan loyang berbentuk bulat - muffin pan. Ambil doh yg telah di potong tadi dan letak dalam muffin pan. Tekan sampai rata dan cucuk dgn garpu bahagian bawah.
6. Tuangkan aduanan labu tadi dalam setiap acuan.
7. Bakar 160 darjah celcius selama 30 to 40 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan. Lebih sedap masukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)