Labels

Thursday 16 April 2015

Marie Cheesycuit

Nak share satu kek yang paling senang sekali nak buat. Tak payah nak bakar bakar cik non..masuk peti ice jer dah siap..senang buat, bahan-bahan yg i pakai adalah yang paling senang sekali,  mudah nak dapat dan rasa kek 5 bintang..yummie. Jom kita tengok apa bahan-bahannya
Bahan-bahan
1. 1 bungkus biscuit Marie - patahkan 2 @3
2. 1/2 tin susu pekat manis (i pkai 3 sudu besar sj..ikut rasa masing2)
3. 250 gm Cream Cheese - i pakai brand Tartura. brand apa2 pun tak kisah
4. 1 cawan Nestum
5. 1 cawan susu segar suam @ ambil 2 sudu besar susu tepung dan campur dengan 1 cawan air suam
6. Sedikit cheddar cheese - parutkan halus
Cara-cara
1. Pukulkan cream cheese + susu pekat manis sampai sebati dan halus.
2. Sediakan bekas plastic atau acuan kaca sederhana besar
3. Celup biskut marie kedalam air susu yg suam tadi dalam 2 3 saat. Susun didalam bekas tadi sampai penuh 1 lapisan. Ambil cream cheese dan sapukan rata atas biskut marie tadi.( i sapu dlm 1/2 inci tebal). Selepas itu taburkan nestum atas cream cheese tadi. Selesai step lapisan pertama. Ulang semula step diatas sampailah penuh bekas tersebut. (Jgn terlalu penuh sbb nanti susah nak tutup). Untuk lapisan terakhir iaitu atas sekali tebalkan sapuan cream cheese dan taburkan nestum penuh dan rata. Last taburkan cheddar cheese yg telah diparut. Tutup rapat.
Masukkan dalam peti ice sekurang2 nya 2 jam sebelum dimakan. Kek ni mesti diletakkan selalu dlm peti ice untuk mengekalkan kesegaran cheese. Boleh tahan sekurang2nya seminggu dalam peti ice.
* sebelum ni i tambah whipping cream tetapi kali ni tak letak sbb nk bg bahan2 yg pling mudah dah ringkas..tp rasa kek ni tetap sedap!!!

No comments:

Post a Comment