Labels

Monday 16 February 2015

KL Cinta Makan Festival - Tempat Mengembirakan Perut


Sebut pasal makan semua orang mesti sukakan..makan sesuatu yang baru tak akan ada nokhtanya..Menyahut seruan makan ni im4u mengadakan satu festival makan yang dinamakan KL Cinta Makan Festival yang telah diadakan di Zebra House, Jalan Pandan pada 14/2/2015 iaitu hari Sabtu lepas. I nampak dorang tengah promote event ni kat FB jemput semua makcik pakcik kakak abang adik-adik manis untuk datang ke Event ni jadi oleh kerana nak tengok dan nak rasa  makanan apa yang ada pada hari tu so i pun pergilah dengan semangat membara..




I smpai pun dalam jam 3 petang, dah tengok ada beberapa buah Food Truck kat luar. Dek kerana panas terus masuk kedalam Zebra House ni. Rupanya tak der aircond beb..ada kipas angin jer sebab dorang buat open concept..Yg tempat ada aircond kat dalam tempat jual baju and aksesori. I tak masuk pun sebab nawaitu datang sebab makanan nak makan..hehe. 
Masuk jer terus nampak pelbagai meja yang menjual pelbagai jenis makanan daripada dalam dan luar. Beberapa meja makanan sediakan Food Tester jadi bolehlah merasa makanan dorang ni. Dari biskut sampailah ke pasta, kek, ice cream burger, mufin janganlah cerita memang banyak jenis muffin dorang jual.. i kalau muffin ni nak rasa jer beli tu tak lah sebab dah common sgt kan..

First sekali i beli ice cream dalam pasu tu..yang tengah hangat kat pasaran sekarang nilah. Masing-masing nak tanam ice cream dalam pasu kan..i dah tau cara nak buat ice cream dalam pasu ni tapi tak ada masa nak buat jadi ni lah masa nak beli dan rasa kan..bahan-bahan ice cream nak perasa apa saja boleh, biskut oreo yang dah dihancurkan kononnya jadi tanah gambut hitam lah, dan ada milo tu kira baja lah kot, dan tak lupa bunga atau daun sebagai pokok hiasan..mari kita tengok ice cream pasu yang i dah beli ni..jom kita lihat gambar-gambar kat gerai ice cream pasu..



Ice Cream Pasu dah siap..i amik yang kecik jer.
Besar: Rm7
Kecil : Rm5 









Sebelah gerai ice cream pasu ni..gerai menjual pelbagai jenis cheese cake..ada blueberry, chocolate, caramel, biscuit, puding karamel dan macam-macam lagi..kakak ni menyediakan food tester so boleh rasa..rasa kek boleh tahan..nyum nyum



Dengan tekun kakak ni menjawab soalan..i ni memang suka tanya buat daripada apa, pakai produk cheese yang mana lagi sedap dan jangka hayat cheese cake ni..tu yang suka banyak dapat ilmu tentang resepi dan rahsia dorang hehe


Rasa tau jangan tak rasa dek oiii...





Perjalanan diteruskan lagi ke meja sebelah,,jeng -jeng ni yang i cari NACHOS!!!!!



Sebelum beli tu apalagi cam wartawan lah bertanya dengan adik-adik Nachos ni..Nama produk is Nachos Region. Siap boleh buat delivery lagi dan boleh supply untuk mana-mana event spt kahwin, birthday party dan lain-lain



Hah kan banyak sangat soalan sampai garu kepala dia nak menjawab hehe..akak mmg cam ni dek kalau pasal makan memang tak abis cakap..tapi dorang semua baik dan dptlah meyakinkan i perkhidmatan mereka ni memang tip top..bangga ada pengusaha anak muda yang bekerja keras dan berjaya macam dorang ni..:)



So kalau perlukan Nachos untuk apa saja jenis event boleh hubungi mereka

Nadz - 012 5345268  Zarf - 012 9269131

Nak tengok Beef Nachos yang i dah order..

jeng..

jeng...





Nachos really crispy tau..yumiieee!!!!








Selepas duduk dan makan Nachos i pi meja yang menyediakan Churros. Churros ni terkenal kat Spain dan France dan negara barat yang lain. I pernah buat snack ni dalam tahun lepas dan sekarang baru jumpa yang jual kat KL. Mari kita tengok rupa Churros ni yer..




Yang panjang-panjang tu lah Churros. Bahan utama tepung, gula, telur. Masak sekejap dan goreng. Selalu kat Barat mereka makan dengan Chocolate Sauce as dipping sauce. Beratur orang nak beli Churros ni..tapi i tak beli pun sebab still kenyang lagi penangan Nachos tadi..

Banyak lagi meja-meja makan yang i pi tawaf kat sini..Nak makan Food Tester dorang memang banyak tapi peyut ni dah kenyang boleh rasa sikit-sikit jer semua..or yang terpilih jer,,Jom tengok aktiviti  gambar -gamabar i kat KL Cinta Makan Festival ni lagi





Brownies


Pelbagai jenis Cupcake dan Pie


Beef Lasagna yang dah nak abis..Kakak ni cakap sebab Lasagna dia sedap tu cepat habis hehe..Dia bagi i rasa mmm memang sedap tau!


Tengah order Creme Brulee..Nak rasa dia punya cam mana


Harga : RM2








Last destinasi kat luar i pergi tengok Food Truck yang ada..





Hah nak cerita sikit pasal Food Truck dr. Mak Rony ni. Dorang jual burger, lamb stick, kambing panggang/golek (tapi time ni tak der) dan macam -macam lagi. Mereka juga sediakan perkhidmatan katering dan kambing golek untuk semua events..Interview dengan adik yang jual ni dia kata harga seekor kambing dalam linkungan RM800 to RM1200. Dari awal sampai akhir dorang akan buat termasuk potong dan hidang.,

So sape-sape nak order Kambing Panggang/Bakar dar Dr, Mak Rony ni boleh hubungi

Rony Hassan - 012 6868260 / 013-268 3339


Alhamdulillah dah setel lah jalan-jalan cari makan pada hari ni. Macam-macam ilmu tentang dunia masakan dan makanan yang kita boleh dapat tak kira lah dimana ..Food Street, Restaurant hingga ke Hotel 5 Bintang setiap makanan sama jer tetapi cara, kaedah dan bahan tambahan yang digunakan itulah yang menjadi rahsia mereka. So rahsia-rahsia dan kaedah itulah yang menjadi sumber untuk i improve kan lagi skill memasak..dan paling penting jangan lokek dengan ilmu tau..Ilnu Dunia dan Ilmu Akhirat. 

Peace From me Vivi..





No comments:

Post a Comment