Puding Karamel adalah antara desert yang paling senang dibuat dan boleh dijumpa dimana-mana restoran diseluruh dunia. Saya suka makan desert ni time sejuk keluar daripada peti ais. Dalam blog lama saya pernah poskan gambar puding karamel yang pernah saya buat. http://vlarakhadijah.blogspot.com/2011/02/puding-karamel-for-special-friends.html.
Banyak bahan-bahan sampingan lain yang boleh dicampur sekali tapi ni pilihan lah samada nak ke tak nak..antaranya Heavy Cream, dan serbuk pala untuk bagi rasa kick..Tapi disini cara yang paling senang dan bahan pun tak banyak. Jom kita tengok apa bahan-bahan dia :
Bahan-Bahan
Gula Hangus
1. 1 cawan gula
2. 60 ml air
Kastard
1. 2 cawan susu segar
2. 1/2 cawan gula
3. 6 biji telur
4. sedikit esen vanila
Cara-Cara
1. Untuk membuat gula hangus - Panaskan gula bersama air tadi. Masak diatas api dan terus gaul sehinnga gula berwarna perang, pekat dan bau wangi. (jangan sampai hangus). Matikan api dan tunggu sejuk dalam 3 ke 5 minit. Tuangkan gula pekat tadi sedikit dalam acuan (samada acuan kecil atau besar) sebagai lapisan nipis. Ratakan gula hangus tadi semua dalam semua acuan.
2. Kastard - Masukkan susu dalam periuk, tambah esen vanila gaul sehingga panas. Tutupkan api dan sejukkan dalam 10 minit.
3. Sementara itu pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan adunan ini dalam susu tadi. Gaul samapai sebati.
4. Masukkan adunan kastad kedalam acuan yang telah dilapisi gula hangus tadi.
5. Isikan sedikit air dalam dulang pembakar (kaedah water bath) dan letak acuan-acuan tadi atas air.
6. Masak selama 45 minit dengan kepanasan 160 darjah celcius.
Bila dah masak kena tunggu sejuk dahulu baru boleh makan.
No comments:
Post a Comment