Its all about my simply prepared quick, easy, health and great meals to shared with..my passion, my life, my food with one smile
Labels
Wednesday, 3 December 2014
Nasi Kabsah Kambing
1. 500gm daging kambing - potong sederhana besar
2. 200gm beras Basmathi - rendam 30 min
3. 1 sudu besar rempah Nasi Kabsah Chef Ammar
4. 5 ulas bawang putih - diketuk
5. 1 biji besar bawang Holland - Potong 4
6. 1 biji lada hijau - hiris sederhana
7. 1 biji tomato - potong kecil-kecil
8. 1 tangkai daun ketumbar - potong2
9. 1 tangkai daun pudina - potong2
10. sedikit air saffron
11. 1 sudu besar minyak sapi
12. Garam secukup rasa
13. 4 sudu besar minyak zaitun - olive oil
14. 1500 ml air @ 7 cawan air
Cara-Cara
1. Panaskan periuk masukkan minyak zaitun (i gunakan pressure cooker sebab daging cepat lembut, yg tiada blh gunakan periuk biasa)
2. Tumis bawang putih skejap smpi kekuningan, masukkan tomato, bawang Holland dan lada hijau. Tumis lg shingga wangi dalam 5 minit.
3.Masukkan rempah Nasi Kabsah dan gaul skejap. Masukkan kambing dan perasakan dgn garam dan gaul rata lg (garam masukkan lebih sedikit kerana beras akan dimasukkan dan digaul sekali bersama kambing) Masukkan 1500ml air dan tutup. Masak sehingga daging empuk menggunakan api sederhana lebih kurang 1 jam.(klu gunakan pressure cooker dalam 20 hinnga 30 min shj).
4. Bila daging dah masak masukkan daun ketumbar, pudina, air saffron. Masukkan beras basmathi. Ukur jika air tidak cukup tambahkan air lagi agar beras masak sempurna. Tutup dan masak semula lbh kurang 30 min lg shingga nasi masak.
5. Akhir sekali letakkan minyak sapi atas nasi tadi dan gaul rata. Dah siap.
* Kebanyakan bahan yang saya gunakan tidak semestinya diperlukan dalam penyediaan resepi ini sekiranya bahan tersebut susah untuk didapati contohnya saffron, daun pudian @ ketumbar dan minyak zaitun dimana blh jg menggunakan minyak biasa yg dikurangkan mjadi 2 sudu besar shj.
* Penggunaan Rempah Chef Ammar smembuatkan nasi wangi, sedap dan sangat mudah untuk disediakan.
* Ayam juga boleh digunakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment