Its all about my simply prepared quick, easy, health and great meals to shared with..my passion, my life, my food with one smile
Labels
Monday, 5 January 2015
Mini Pumpkin Pie
Bahan-Bahan
Kulit Pie / Pie Crust
1. 1 cawan setengah tepung gandum
2. 1 sudu kecil garam
3. 1 sudu garam
4. 1/2 cawan butter - disejukkan terlebih dahulu kmudian potong kecil2
5. 1/2 cawan shortening - disejukkna terlebih dahulu kemudian potong kecil2
6. 1/3 cawan air sejuk
Bahan-Bahan diatas campurkan semua dan uli menjadi doh. Tekstur doh mmg akan terasa kasar sbb ketulan utter sejuk td (keulan kecil tu yg akan jadikan kulit pie rangup dan berlapis2). Simpan dalam peti sejuk 30 min hingga 1 jam.
Inti Pie
1. 1/4 cawan gula
2. 1/4 cawan gula perang
3. 1/3 susu pekat manis
4. 4 sudu besar butter
5. 1 biji telur
6. 1 biji kuning telur
7. 1/2 cawan cream
8. 2 sudu besar tepung
9. 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
10. 1/2 sudu kecil esen vanila
11. 1 cawan setengah puri labu - rebus labu sampai lembut dan blend smpi hancur
12. sedikit garam
Cara Membuat
1. Campurkan gula, gula perang, butter dan susu pekat manis. Pukul
2. Masukkan cream, telur, tepung, esen vanila dan serbuk kayu manis. Pukul sekejap
3. Masukkan labu dan pukul hingga sebati.
4. Doh yg telah disejukkan diuli stengah inci tebal. Ambil pemotong bentuk bulat dan tekap.
5. Sediakan loyang berbentuk bulat - muffin pan. Ambil doh yg telah di potong tadi dan letak dalam muffin pan. Tekan sampai rata dan cucuk dgn garpu bahagian bawah.
6. Tuangkan aduanan labu tadi dalam setiap acuan.
7. Bakar 160 darjah celcius selama 30 to 40 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan. Lebih sedap masukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment