Labels

Sunday 8 March 2015

Daging Kambing Masak Kurma

Cerita pasal masak kurma ni teringat mama selalu masak tine Hari Raya sahaja..Kalau dah masak kurma tu satu rumah boleh cium bau wangi dari rempah kurma. Setiap orang mempunyai cara tersendiri nak sediakan kurma ni..V ikut cara mama lah dan ada yang dah gubah sikit2..This time v pakai daging kambing..So apa lagi mari kita tengok bahan-bahan nak buat Daging Kambing Masak Kurma..
































Bahan-Bahan 

1. 1/2 kg daging batang pinang
2. 1 biji tomato - potong 4
3. 2 biji cili hijau @ merah - potong 2 jangan bg putus
4. 2 biji kentang - potong 4
5. 3 sudu besar rempah kurma - i pakai babas
6. 100 ml santan pekat - i pakai santan kara dalam kotak
7. 500 ml santan cair - ambil lg sedikit santan kara campur 500 ml air
8. 1/2 sudu besar gula melaka
9. 2 sudu besar minyak sapi
10. 1 biji bawang holland- hiris hiris
11. 1 tangkai daun kari
12. 1 keping asam
13. Garam secukup rasa


Bahan Untuk Ditumis

1. 1 biji bawang besar -
2. 2 inci halia
3. 4 ulas bawang putih
4. 2 biji cili padi
5. 1 biji buah keras

* bahan2 diatas diblend

5. 1 batang kulit kayu manis
6. 1 kuntum bunga lawang
7. 5 kuntum bunga cengkih
8. 3 biji buah pelaga
9. 1 camca teh jintan manis
10. 1 camca teh jintan putih
11. 1 camca teh serbuk ketumbar
12. 1 camca teh serbuk lada hitam


Cara-Cara

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga smpi wangi.
Masukkan jintan manis, putih ,ketumbar dan serbuk lada hitam. Gaulkan rempah kurma + bahan2 yang telah diblend tadi bersama sedikit air dan tumis sekali bersama bahan-bahan tadi. Tumis sehingga rempah kurma masak dan bau wangi lebih kurang dalam 8-10 minit.
2, Masukkan santan cair + asam keping dan kacau dalam 5 minit. Masukkan daging kambing, kentang, garam secukup rasa dan gula merah.Masak sehingga daging empuk dalam masa 20 hingga 30 minit. (tambahkan sedikit air kalau kurang)
3. Masukkan cili hijau@merah tadi, tomato, bawang holland, daun kari dan santan pekat. Masak lagi dalam 10-15 minit dan dah siap.



No comments:

Post a Comment