Labels

Sunday, 28 February 2016

Asam Pedas Ikan Merah

Asam Pedas oh Asam Pedas. Menu wajib dan sangat terkenal bg masyarakat di Johor dan Melaka. Masa stay kat KL dulu, i ada sorang kawan yg mmg terrer bab bab masak ni dan i banyak belajar dari dia juga. I panggi dia Kak Ani and dia org Melaka. So nm dah org Melaka mmg pandailah masak kan so Kak Ani lah yg mula2 ajar i masak asam pedas dan asam pedas pertama yg i buat dahulu iaitu Asam Pedas Tetel (daging). Rasanya mmg wow!! kepuasan dijamin tahap maksima sbb dh bagi rasa kwn2 and suma duk puji Asam Pedas Tetel i buat yang tok gurunya adalah Kak Ani. (resepi asam pedas tetel tersebut ada i kongsikan dlm blog ini)

Duk JB ni pulak rupanya Asam Pedas sini beza sikit dgn Asam Pedas Melaka. Johor punya ada letak bunga kantan dan daun kesum letak byk sikit. Sebelum try buat resepi ni mmg i dah pergi hampir setiap restoran yg menyajikan Asam Pedas sbb nak rasa bahan2 yg terkandung dan cara penyediaannya. Setelah hampir 6 bulan inilah hasil yg i dpt kongsi Asam Pedas Ikan Merah johor style Johor hasil drp air tangan i.. Jom kt tengok bahan2 yg senang dan mudah ni :


Bahan-Bahan 

1. 500 gm ikan merah
2. 10 tangkai cili kering - rebus smpi masak
3. 2 biji tomato - belah 4
4. 1 kuntum bunga kantan - potong 2
5. 3 biji bawang putih
6. 5 biji bawang merah
7. 1/2 inci halia
7. sedikit biji lada hitam.- tumbuk halus
8. 11/2 cawan air
9. 1 mangkuk kecil air asam jawa
10. 1 genggam daun kesom
11. sedikit belacan
12. sedikit garam dan gula

Cara Membuantnya

1. Blend kan bahan2 nom 2, 5, 6, 7, 11 smpi halus
2. Tumiskan bahan2 tersebut bersama sedikit minyak smpi masak - smpi naik minyak
3. Masukkan air dan air asam jawa. Masukkan bunga kantan,daun kesum, lada hitam, garam dan gula.
4. Masukkam ikan. Gaul sekejap dan masukkan tomato (klu ada bendi blh masukkan jg). Masak dgn api sederhana sehingga ikan masak. Kalau nak kuah pekat sedikit tnggu sehingga kuah kelihatan pekat barulah angkat. Siap!!!





No comments:

Post a Comment