Labels

Monday, 16 February 2015

KL Cinta Makan Festival - Tempat Mengembirakan Perut


Sebut pasal makan semua orang mesti sukakan..makan sesuatu yang baru tak akan ada nokhtanya..Menyahut seruan makan ni im4u mengadakan satu festival makan yang dinamakan KL Cinta Makan Festival yang telah diadakan di Zebra House, Jalan Pandan pada 14/2/2015 iaitu hari Sabtu lepas. I nampak dorang tengah promote event ni kat FB jemput semua makcik pakcik kakak abang adik-adik manis untuk datang ke Event ni jadi oleh kerana nak tengok dan nak rasa  makanan apa yang ada pada hari tu so i pun pergilah dengan semangat membara..




I smpai pun dalam jam 3 petang, dah tengok ada beberapa buah Food Truck kat luar. Dek kerana panas terus masuk kedalam Zebra House ni. Rupanya tak der aircond beb..ada kipas angin jer sebab dorang buat open concept..Yg tempat ada aircond kat dalam tempat jual baju and aksesori. I tak masuk pun sebab nawaitu datang sebab makanan nak makan..hehe. 
Masuk jer terus nampak pelbagai meja yang menjual pelbagai jenis makanan daripada dalam dan luar. Beberapa meja makanan sediakan Food Tester jadi bolehlah merasa makanan dorang ni. Dari biskut sampailah ke pasta, kek, ice cream burger, mufin janganlah cerita memang banyak jenis muffin dorang jual.. i kalau muffin ni nak rasa jer beli tu tak lah sebab dah common sgt kan..

First sekali i beli ice cream dalam pasu tu..yang tengah hangat kat pasaran sekarang nilah. Masing-masing nak tanam ice cream dalam pasu kan..i dah tau cara nak buat ice cream dalam pasu ni tapi tak ada masa nak buat jadi ni lah masa nak beli dan rasa kan..bahan-bahan ice cream nak perasa apa saja boleh, biskut oreo yang dah dihancurkan kononnya jadi tanah gambut hitam lah, dan ada milo tu kira baja lah kot, dan tak lupa bunga atau daun sebagai pokok hiasan..mari kita tengok ice cream pasu yang i dah beli ni..jom kita lihat gambar-gambar kat gerai ice cream pasu..



Ice Cream Pasu dah siap..i amik yang kecik jer.
Besar: Rm7
Kecil : Rm5 









Sebelah gerai ice cream pasu ni..gerai menjual pelbagai jenis cheese cake..ada blueberry, chocolate, caramel, biscuit, puding karamel dan macam-macam lagi..kakak ni menyediakan food tester so boleh rasa..rasa kek boleh tahan..nyum nyum



Dengan tekun kakak ni menjawab soalan..i ni memang suka tanya buat daripada apa, pakai produk cheese yang mana lagi sedap dan jangka hayat cheese cake ni..tu yang suka banyak dapat ilmu tentang resepi dan rahsia dorang hehe


Rasa tau jangan tak rasa dek oiii...





Perjalanan diteruskan lagi ke meja sebelah,,jeng -jeng ni yang i cari NACHOS!!!!!



Sebelum beli tu apalagi cam wartawan lah bertanya dengan adik-adik Nachos ni..Nama produk is Nachos Region. Siap boleh buat delivery lagi dan boleh supply untuk mana-mana event spt kahwin, birthday party dan lain-lain



Hah kan banyak sangat soalan sampai garu kepala dia nak menjawab hehe..akak mmg cam ni dek kalau pasal makan memang tak abis cakap..tapi dorang semua baik dan dptlah meyakinkan i perkhidmatan mereka ni memang tip top..bangga ada pengusaha anak muda yang bekerja keras dan berjaya macam dorang ni..:)



So kalau perlukan Nachos untuk apa saja jenis event boleh hubungi mereka

Nadz - 012 5345268  Zarf - 012 9269131

Nak tengok Beef Nachos yang i dah order..

jeng..

jeng...





Nachos really crispy tau..yumiieee!!!!








Selepas duduk dan makan Nachos i pi meja yang menyediakan Churros. Churros ni terkenal kat Spain dan France dan negara barat yang lain. I pernah buat snack ni dalam tahun lepas dan sekarang baru jumpa yang jual kat KL. Mari kita tengok rupa Churros ni yer..




Yang panjang-panjang tu lah Churros. Bahan utama tepung, gula, telur. Masak sekejap dan goreng. Selalu kat Barat mereka makan dengan Chocolate Sauce as dipping sauce. Beratur orang nak beli Churros ni..tapi i tak beli pun sebab still kenyang lagi penangan Nachos tadi..

Banyak lagi meja-meja makan yang i pi tawaf kat sini..Nak makan Food Tester dorang memang banyak tapi peyut ni dah kenyang boleh rasa sikit-sikit jer semua..or yang terpilih jer,,Jom tengok aktiviti  gambar -gamabar i kat KL Cinta Makan Festival ni lagi





Brownies


Pelbagai jenis Cupcake dan Pie


Beef Lasagna yang dah nak abis..Kakak ni cakap sebab Lasagna dia sedap tu cepat habis hehe..Dia bagi i rasa mmm memang sedap tau!


Tengah order Creme Brulee..Nak rasa dia punya cam mana


Harga : RM2








Last destinasi kat luar i pergi tengok Food Truck yang ada..





Hah nak cerita sikit pasal Food Truck dr. Mak Rony ni. Dorang jual burger, lamb stick, kambing panggang/golek (tapi time ni tak der) dan macam -macam lagi. Mereka juga sediakan perkhidmatan katering dan kambing golek untuk semua events..Interview dengan adik yang jual ni dia kata harga seekor kambing dalam linkungan RM800 to RM1200. Dari awal sampai akhir dorang akan buat termasuk potong dan hidang.,

So sape-sape nak order Kambing Panggang/Bakar dar Dr, Mak Rony ni boleh hubungi

Rony Hassan - 012 6868260 / 013-268 3339


Alhamdulillah dah setel lah jalan-jalan cari makan pada hari ni. Macam-macam ilmu tentang dunia masakan dan makanan yang kita boleh dapat tak kira lah dimana ..Food Street, Restaurant hingga ke Hotel 5 Bintang setiap makanan sama jer tetapi cara, kaedah dan bahan tambahan yang digunakan itulah yang menjadi rahsia mereka. So rahsia-rahsia dan kaedah itulah yang menjadi sumber untuk i improve kan lagi skill memasak..dan paling penting jangan lokek dengan ilmu tau..Ilnu Dunia dan Ilmu Akhirat. 

Peace From me Vivi..





Sunday, 15 February 2015

Garlic Knots

Cerita sikit pasal Garlic Knots ni lebih kurang sama dengan Garlic Bread..I suka makan Garlic Bread ni dengan Mushroom Soup. Bila ckp pasal Garlic Bread ni ramai orang dah tau cara nak buat so i buat Garlic Knots pula iaitu adik beradik lah kira dorang ni. Rasa sama just bentuk lain sikit. Garlic Knots ni comel bulat2 lepas tu buat dia cam tocang rambut hehe..senang jer. Kalau tak tau juga just potong2 jer dia dalam 2 inci dan bakar pun boleh..tak ada yang susah dalam masak2 ni yg penting result dia sedap dan dapat buat perut senyum..!
Mari kita tengok bahan2 untuk membuat Garlic Knots..














































Bahan-Bahan

1. 1 paket yis
2. 1 sudu teh gula
3. 1 cawan air suam

* campurkan bahan-bahan diatas dan tunggu sehingga 10 minit

Bahan untuk Doh

1.  2 1/2 cawan tepung
2. 1 sudu shortening
3. 1 sudu minyak zaitun @ minyak masak
4. 1 sudu kecil garam
5. 1 susu besar susu pekat manis

Bahan untuk Sapuan

1. suku cawan minya zaitun/ olive oil
2. 5 biji bawang putih
3. 2 batang daun parsley

* blend bahan diatas hingga halus.
* daun parsley kering jg blh diganti dgn yg segar

Cara-Cara

1. Gaulkan semua bahan-bahan untuk doh. Tuang campuran yis tadi. Gaul sampai menjadi doh. Kalau lembik boleh tambah tepung. Uli sehingga 10 minit sampai doh menjadi lembut dan sebati.
Tutup rapat dgn wrapping plastic @ kain selama 1/2 jam hingga 40 minit. Tunggu sampai doh naik @ 2 kali ganda naik.

2. Bahagikan doh menjadi lebih kurang sebesar 3 inci. Uli memanjang dalam 5 inci dan lilit ke jari tunjuk dan tengah 3 kali dan ikat. (tak payah kemas2 asalkan nampak bentuk tocangan dan ok).

3. Masukkan dalam oven selama 15 hinggan 20 minit. 160 darjah celcius.

4. Keluar saja knots dari oven masukkan dalam mangkuk besar dan terus tuang bahan sapuan tadi. Gaul sampai rata dan siap untuk dimakan.

Saturday, 7 February 2015

Sup Tulang Senang

Buat Sup Tulang ni mmg senang giler..main masuk semua bahan-bahan dalam pressure cooker..tunggu dalam 45 min dan siap. Kalau nak rasa masam-masam kick perah limau dan letak cili time nak makan tu..perghhh mmg terangkat!! So mari kita lihat bahan-bahan untuk Sup Tulang follow my recipe..


Bahan-Bahan

1. 1kg tulang lembu
2. 5 biji bawang putih - ketuk
3. 5 inci halia - ketuk
4. 2 batang kecil kulit kayu manis
5. 3 biji bunga lawang
6. 6 biji bunga cengkih
7. 1 sudu teh biji lada hitam
8. 1 biji bawang holland - potong 4
9. 2 kiub pati lembu
10. 2 batang celery - potong2 sederhana
11. Beberapa batang daun sup - hiris nipis
12. Sedikit bawang goreng
13. 2 keping asam keping
14. Garam secukup rasa
15.  2 liter air
16.  3 batang cili padi - ketuk


Cara-Cara

1. Masukkan air dalam pressure cooker. Tak ada pressure cooker boleh gunakan periuk biasa.
2. Masukkan tulang daging diikuti dengan semua bahan-bahan diatas kecuali daun sup dan bawang goreng. Tutup rapat dan masak selama 45 ke 50 min (guna api sederhana).
Kalau guna periuk biasa dalam 1 jam stengah ke 2 jam smpi daging empuk. (jika air berkurang tambah lg air sikit demi sedikit)
3. Bila dah masak matikan api. Terus taburkan bawang goreng dan daun sup. Boleh perahkan air limau kalau suka..nyum nyum!!!

Friday, 6 February 2015

Full House Restaurant

I dah byk kali baca mengenai restoran ni dan baru lah sempat nak pergi tengok dan rasa sendiri makanan yg ada kat situ. Yang dah I pergi ini branch kat Sunway Pyramid..

Masuk jer dalam restoran namapak semua putih, bersih, suci and dekorasi yg sgt sweet. Meja dan kerusi yg disusun seperti dlm restorang English style. Wall dia pulak ada lukisan kartun yang lembut, gambar pengantin besar yang romantik, replika kereta yang diletakkan diluar menjadikan restoran ni lebih cantik dan santai..

Bila i search semula rupanya Restoran Full House ini juga menyediakan pakej perkahwinan lengkap kpd bakal pengantin tau..wow bestnyer.. Pakej termasuklah sesi fotografi outdoor dan honeymoon di luar negara spt di China dan Hong Kong. Di samping itu byk lagi perkhidmatan yg Full House Restauran sediakan seperti acara sambutan harijadi, events dan lain-lain lagi.

Boleh lihat website penuh disini http://www.fullhouseworld.com/my/

I apalagi sesi wajib bergambar sbb semua corner kat sini memang cantik sgt untuk bergambar. Tak lupa juga gambar menu makanan yang telah i order. Makanan kat sini semuanya memuaskan hati i dan waitress semua berikan perkhidmatan yg baik..dulu lg i dah bayangkan nak buka cafe yang sweet mcm ni hehe..




makanan yg saya jamu disini...


Signature Restaurant Chicken Chop with Black Pepper Sauce : RM19.30

and

Wild Mushroom Soup : RM12.90


My Drinks Hot Latte & Ice Lemon with Jelly

&

My Sweetheart 

My Creme Brulee : RM16.00



Total keseluruhan kepuasan i bagi 5 Star!!!!





Cajun Shrimp - Udang Cajun

Udang bersama rempah cajun ni antara resepi terbaru daripada saya yang mempunyai rasa yang sangat sedap, rempah dan rasa pedas yang 'kick' dan yang paling penting ia senang disediakan. Dihidangkan bersama nasi atau garlic bread atau bargett. 1st makan Cajun Shrimp ni kat Restoran Bubby Gump The Curve Damansara. Wow sekali makan tu memang sedap dan i check info sedikit dan resepi how to make this awesome recipe..Then i berjaya!! Happy lah dapat sediakan Cajun Shrimp 5 star  kat rumah tak payah nak pi dah Bubby Gump Restaurant and bayar mahal kan..




Bahan-Bahan

1. 1/2 kg udang sederhana besar
2. 1/2 sudu teh serbuk cayene
3. 1/2 sudu teh serbuk paprika
4. 1 sudu teh serbuk bawang putih
5. 1 sudu teh serbuk bawang besar
6. 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
7. 1 sudu teh daun kering tyme
8. 1 sudu teh daun kering oregano
9. Sedikit serbuk kunyit
10. Garam secukup rasa
11. Sedikit olive oil 

Cara-Cara.

1. Panaskan olive oil. 
2. Masukkan udang dan semua bahan-bahan diatas
3. Gaul dalam masa 3 - 5 minit dan siap!!! Senangkan..

* Sapa nak lagi pedas boleh tambah cili padi.