Labels

Sunday, 15 February 2015

Garlic Knots

Cerita sikit pasal Garlic Knots ni lebih kurang sama dengan Garlic Bread..I suka makan Garlic Bread ni dengan Mushroom Soup. Bila ckp pasal Garlic Bread ni ramai orang dah tau cara nak buat so i buat Garlic Knots pula iaitu adik beradik lah kira dorang ni. Rasa sama just bentuk lain sikit. Garlic Knots ni comel bulat2 lepas tu buat dia cam tocang rambut hehe..senang jer. Kalau tak tau juga just potong2 jer dia dalam 2 inci dan bakar pun boleh..tak ada yang susah dalam masak2 ni yg penting result dia sedap dan dapat buat perut senyum..!
Mari kita tengok bahan2 untuk membuat Garlic Knots..














































Bahan-Bahan

1. 1 paket yis
2. 1 sudu teh gula
3. 1 cawan air suam

* campurkan bahan-bahan diatas dan tunggu sehingga 10 minit

Bahan untuk Doh

1.  2 1/2 cawan tepung
2. 1 sudu shortening
3. 1 sudu minyak zaitun @ minyak masak
4. 1 sudu kecil garam
5. 1 susu besar susu pekat manis

Bahan untuk Sapuan

1. suku cawan minya zaitun/ olive oil
2. 5 biji bawang putih
3. 2 batang daun parsley

* blend bahan diatas hingga halus.
* daun parsley kering jg blh diganti dgn yg segar

Cara-Cara

1. Gaulkan semua bahan-bahan untuk doh. Tuang campuran yis tadi. Gaul sampai menjadi doh. Kalau lembik boleh tambah tepung. Uli sehingga 10 minit sampai doh menjadi lembut dan sebati.
Tutup rapat dgn wrapping plastic @ kain selama 1/2 jam hingga 40 minit. Tunggu sampai doh naik @ 2 kali ganda naik.

2. Bahagikan doh menjadi lebih kurang sebesar 3 inci. Uli memanjang dalam 5 inci dan lilit ke jari tunjuk dan tengah 3 kali dan ikat. (tak payah kemas2 asalkan nampak bentuk tocangan dan ok).

3. Masukkan dalam oven selama 15 hinggan 20 minit. 160 darjah celcius.

4. Keluar saja knots dari oven masukkan dalam mangkuk besar dan terus tuang bahan sapuan tadi. Gaul sampai rata dan siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment