Labels

Monday, 22 December 2014

Singapore Chili Crab



Bahan-Bahan

1. 2 ekor ketam. bersihkan dan belah 2
2. 3 ulas bawang putih - cincang
3. 5 biji cili api - cincang
4. 2 sudu besar paste tomato 
5. 4 sudu besar sos cili
6. 1 tangkai daun bawang - hiris halus
7. 1 1/2 sudu besar gula
8. 1 cawan air
9. 1 sudu besar tepung jagung + 50 ml air
10. 1 biji telur
10. Garam dan lada putih secukup rasa

Cara-Cara

1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak. Masukkan bawang putih masak sekejap. 
2. Masukkan cili api, paste tomato, sos cili dan gula. Gaul smpi sebati dan masukkan ketam
3. Masukkan air + garam + serbuk lada putih. Masukkan campuran air dan tepung jagung.  Masak smpi kuah mendidih. Masukkan daun bawang.
4. Pecahkan telur. Matikan Api dan Gaul sekejap. Kuah akan kelihatan lebih pekat. Dah siap.

Monday, 8 December 2014

Salmon With Lemon Butter Sauce









































Bahan-Bahan

1. 1 keping filet ikan salmon
2. 1 biji bawang kecil - cincang
3. 2 biji bawang putih - cincang
4. sedikit daun pasli - hiris ( kering pun boleh )
5. 1/2 biji jus lemon + 50 ml air
6. 1 sudu besar butte
7. garam dan lada hitam kisar
8. 1 sudu besar olive oil

Cara- Cara

1. Panaskan kuali - (kuali leper) masukkan olive oil. Masukkan ikan salmon. Taburkn sedikit garam dan lada hitam diatas salmon tadi. Selepas 3 hingga 4 minit terbalikkan dan masak lagi 3 hingga 4 minit. Siap ketepikan

Cara - Cara Untuk Lemon Butter Sauce

1. Masukkan air lemon + bawang putih dan merah dalam kuali. Masak skejap hingga panas. Masukkan sedikit garam, lada hitam dan daun pasli. Last sekali masukkan butter dan tnggu dalam 1 to 2 minit dan sos dah siap. Tuang atas ikan tadi.

2. Boleh dihiaskan bersama aparagus, brokoli, ubi kentang atau tomato. Bahan2 ini haruslah dimasak terlebih dahulu. 


Wednesday, 3 December 2014

Nasi Kabsah Kambing












































1. 500gm daging kambing - potong sederhana besar
2. 200gm beras Basmathi - rendam 30 min
3. 1 sudu besar rempah Nasi Kabsah Chef Ammar
4. 5 ulas bawang putih - diketuk
5. 1 biji besar bawang Holland - Potong 4
6. 1 biji lada hijau - hiris sederhana 
7. 1 biji tomato - potong kecil-kecil
8. 1 tangkai daun ketumbar - potong2
9. 1 tangkai daun pudina - potong2
10. sedikit air saffron 
11. 1 sudu besar minyak sapi
12. Garam secukup rasa
13. 4 sudu besar minyak zaitun - olive oil
14. 1500 ml air @ 7 cawan air


Cara-Cara

1. Panaskan periuk masukkan minyak zaitun (i gunakan pressure cooker sebab daging cepat lembut, yg tiada blh gunakan periuk biasa)
2. Tumis bawang putih skejap smpi kekuningan, masukkan tomato, bawang Holland dan lada hijau. Tumis lg shingga wangi dalam 5 minit. 
3.Masukkan rempah Nasi Kabsah dan gaul skejap. Masukkan kambing dan perasakan dgn garam dan gaul rata lg (garam masukkan lebih sedikit kerana beras akan dimasukkan dan digaul sekali bersama kambing) Masukkan 1500ml air dan tutup. Masak sehingga daging empuk menggunakan api sederhana lebih kurang 1 jam.(klu gunakan pressure cooker dalam 20 hinnga 30 min shj). 
4. Bila daging dah masak masukkan daun ketumbar, pudina, air saffron. Masukkan beras basmathi. Ukur jika air tidak cukup tambahkan air lagi agar beras masak sempurna. Tutup dan masak semula lbh kurang 30 min lg shingga nasi masak. 
5. Akhir sekali letakkan minyak sapi atas nasi tadi dan gaul rata. Dah siap. 

* Kebanyakan bahan yang saya gunakan tidak semestinya diperlukan dalam penyediaan resepi ini sekiranya bahan tersebut susah untuk didapati contohnya saffron, daun pudian @ ketumbar dan minyak zaitun dimana blh jg menggunakan minyak biasa yg dikurangkan mjadi 2 sudu besar shj.

* Penggunaan Rempah Chef Ammar smembuatkan nasi wangi, sedap dan sangat mudah untuk disediakan.  


* Ayam juga boleh digunakan


Monday, 1 December 2014

Rosemary & Lemon Roast Chicken


























Bahan-Bahan.

1. 1 ekor ayam - potong 8 @ 12
2. 5 biji bawang putih - ketuk
3. 1 biji lemon - 1/2 biji ambil jus dan setengah biji lg hiris nipis2
4. 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
5. 5 sudu besar olive oil
6. 1 sudu besar butter
7. 3 tangkai rosemary - cincang @ boleh gunakan rosemary kering
8. Garam secukup rasa
9. Kertas aluminium foil


Cara-Cara

1. Campurkan garam, bawang putih, jus lemon dan lada hitam. Tunggu dalam 10 minit. Masukkan olive oil.
2. Masukkan ayam dalam dulang pembakar yg telah dialaskan dengan aluminium foil. 
3. Taburkan rosemary pada semua ayam tadi dan tuang sedikit butter. Tutup dengan aluminium foil.
4. Bakar dalam oven selama 60 minit kepanasan 220-240 celcius. Slps 50 ke 60 minit buka aluminium bahagaian atas agar ayam dapat dibakar sepenuhnya. Bakar lagi 10 minit. Nyum dah siap.
5. Sedap dihidangkan bersama brown sauce. Resepi akan datang saya akan tunjukkan cara membuat brown sauce.