Labels

Sunday, 9 November 2014

Black Pepper Roasted Chicken







































Bahan2.

1. 1 ekor ayam - potong 8 atau 12
2. 4 biji bawang putih - tumbuk kasar
3. 1 sudu besar biji lada hitam (black pepper)- tumbuk kasar
4. 2 sudu besar butter
5. 5 sudu besar olive oil - klu pkai minyak masak kurangkan ke 2 ke 3 sudu shj
6. garam secukup rasa
7. kertas aluminium foil
8. boleh tambahkan sayur-sayuran spt brokoli, lobak dan bunga kubis

#blh tambahkan sedikit sos lada hitam jika suka 

Cara2

1. Lumurkan ayam dgn garam,minyak, black pepper dan bawang putih. Gaul rata.
2. Sediakan dulang pembakar dan letak aluminium foil atas dulang tersebut. Letakkan ayam tadi.
3. Sapukan butter td atas ayam dan sayur2. 
4. Bungkus dengan aluminium foil dan bakar selama 60 minit dgm kepanasan 220 darjah celcius. 
5. Setelah 60 min buka aluminium bahagian atas dan bakar lagi selama lbh kuarng 7 to 10 min utk mendapatkan warna golden brown ayam. Dan dah siap. Sedap dimakan juga bersama brown sauce. 

* penggunaan aluminium foil bertujuan menjadikan isi ayam lembut dan juicy.


Sunday, 2 November 2014

Mini Ball Donut









































Bahan2

1. 1 paket yis
2. 1/4 air suam
3. 1 sudu kecil gula

# bahan-bahan diatas disatukan dan tunggu 5 minit sehingga yis kembang

Bahan-bahan Doh

1. 1 cawan susu 
2. 2 cawan tepung gandum
3. 1 biji telur
4. 1 sudu besar butter
5. 1 sudu besar shortening - lemak sayuran
6. 1 sudu kecil garam

Bahan Salutan

1. Gula Kastor atau Gula Halus


Cara Membuatnya.

1. Campurkan kesemua bahan diatas tadi bersama yis yang telah dibancuh. Gaul rata samada mengunakan mixer atau sudu kayu.

2. Ulikan hingga menjadi doh. Tambahkan tepung jika doh masih terlalu lembut. Uli rata sehingga menghasilkan doh yang lembut.

3. Masukkan doh dalam balang dan tutup rapat menggunakan kain diatas. Tunggu sehingga setengah hingga sejam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.

4. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Uli doh sedikit tebal dan tekap menggunakan acuan sebesar duit 50 cen. Saya menggunakan penutup botol mineral senangkan. Biar donut tadi kembang lagi dalam 10 minit dan goreng sehungga warna keemasan. Sejukkan sekejap dan gaul bersama gula halus. Siap!


Ayam Percik







































Bahan2

1. 1 ekor ayam segar - potong bahagian ayam sederhana besar 

Bahan Perapan.

1. 6 ulas bawang merah
2. 5 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. Garam secukup rasa
 * semua bhn2 ini di kisar halus

Bahan2 Kuah

1. 7 ulas bawang merah
2. 1 biji bawang besar kuning
3. 1 inci halia
4. 2 batang serai
5. 5 tangkai cili kering - nak pedas lg boleh lebihkan
6. 2 keping asam keping 
7. 1 kotak kecil santan pekat 
8. 1/2 cawan air
9. Garam
10. Gula
* Bahan2 diatas ditumis dan dimasak sampai masak dan kuah pekat. Kuah percik yang sedap mestilah mempunyai rasa manis2 pedas. 

Cara2.

1. Perap ayam bersama bahan2 yang telah dikisar selama sejam
2. Kukus ayam tersebut dlm separuh masak. Kaedah rebus juga boleh digunakan.
3. Bakar ayam dalam oven dengan suhu 200 hingga 220 darjah celcius selama 30 hingga 40 minit. Sapukan sedikit minyak. 5 minit sebelum ayam dikeluarkan sapukan dengan sedikit  kuah percik tadi atas ayam.
4.  Kuah dihidang bersama ayam percik bakar tadi.