Labels

Sunday, 2 November 2014

Ayam Percik







































Bahan2

1. 1 ekor ayam segar - potong bahagian ayam sederhana besar 

Bahan Perapan.

1. 6 ulas bawang merah
2. 5 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. Garam secukup rasa
 * semua bhn2 ini di kisar halus

Bahan2 Kuah

1. 7 ulas bawang merah
2. 1 biji bawang besar kuning
3. 1 inci halia
4. 2 batang serai
5. 5 tangkai cili kering - nak pedas lg boleh lebihkan
6. 2 keping asam keping 
7. 1 kotak kecil santan pekat 
8. 1/2 cawan air
9. Garam
10. Gula
* Bahan2 diatas ditumis dan dimasak sampai masak dan kuah pekat. Kuah percik yang sedap mestilah mempunyai rasa manis2 pedas. 

Cara2.

1. Perap ayam bersama bahan2 yang telah dikisar selama sejam
2. Kukus ayam tersebut dlm separuh masak. Kaedah rebus juga boleh digunakan.
3. Bakar ayam dalam oven dengan suhu 200 hingga 220 darjah celcius selama 30 hingga 40 minit. Sapukan sedikit minyak. 5 minit sebelum ayam dikeluarkan sapukan dengan sedikit  kuah percik tadi atas ayam.
4.  Kuah dihidang bersama ayam percik bakar tadi. 

No comments:

Post a Comment