Labels

Monday, 18 August 2014

Ayam Masak Lengkuas






































Bahan2

1. 1 kg Ayam - Potong kecil2
2. 1kg lengkuas muda - diparut @ kisar. Tapis dan buang airnya. Lengkuas mestilah betul2 kering.
3. 2 liter santan
4. 1/2 liter santan pekat
5. 5 ulas bawang putih - k
6. 7 ulas bawang merah
7. 3 batang serai
8. 1 1/2 inci halia
9. cili padi ( optional)
10. 1 biji bawang besar kuning - hiris nipis2
11. 3 keping asam keping
12. sedikit serbuk kunyit
13. sedikit serbuk lada putih
14. garam n sedikit gula@ajinamoto sbg perasa

Cara2

1. Bahan nom 2 dimasak dgn bhn nom 3 - lengkuas + santan smpi santan pecah minyak
2. Kisar bhn nom 5, 6, 7, 8, 9.
3. Gaulkan ayam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
4. Tumis bhn kisar td smpi wangi n masukkan ayam. masukkan asam keping. masak 10 min.
5. Masukkan rebusan santan dan lengkuas tadi. Masukkan garam, sikit gula @ ajinamoto, n serbuk lada putih. Masak lagi dlm 15 min smpi kering sedikit. Last masukkan santan pekat td dan gaul lagi smpi kering n wangi lbh kurang dlm 20 min. Ayam kena digaul selalu supaya lengkuas tak jadi hangus. Dan dah siap.

Sunday, 17 August 2014

Daging Masak Merah








































Bahan2

1. 500gm daging - rebus dahulu smpi empuk dan hiris sedikit nipis
2. 12 tangkai cili kering
3. 4 ulas bawang putih
4. 4 ulas bawang merah kecil
5. 1 inci halia
6. 5 biji cili padi - kalau nak pedas
7. 1 batang serai
8. 1 sudu besar puri tomato
9. 2 sudu besar sos cili
10. 1/2 biji bawang besar - potong dadu @ hiris nipis
11. sedikit air asam jawa
12. sedikit serbuk lada putih, garam dan gula

Cara2

1. Kisar bahan nom 2, 3,4, 5, 6 & 7. Tumis bersama sedikit minyak smpi masak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa, tomato puri dan cili sos. Gaul sekejap dan terus masukkan daging. Perisakan dgn garam, gula dan serbuk lada putih. Masukkan bawang besar. Gaul smpi mendidh dan siap untuk dihidang.

Sambal Ikan Bilis Senang









Bahan2

1. 25 gm ikan bilis - goreng dengan minyak terlebih dahulu smpi sedikit garing.(guna api kecil jgn hangus)
2. 10 tangkai cili kering
3. 3 ulas bawang putih
4. 3 ulas bawang merah
5. 1 inci belacan
6. 4 biji cili padi - nak pedas tambah lagi
7. 1/2 bawang besar - dipotong dadu
8. 1 sudu gula
9. garam secukup rasa
10. sedikit air asam jawa

Cara2

1. Kisar bahan nom 2, 3, 4, 5 dan 6 dan tumis bersama sedikit minyak smpi masak dan wangi
2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula - gaul smpi mendidih
3. Masukkan ikan bilis tadi dan bawang besar. gaul sekejap lg dan dah siap. nyum nyum.