Labels

Saturday 7 May 2016

Shell Out Recipe

This time i nak share satu jenis hidangan yang menjadi kegilaan pada masa sekarang. Nama hidangan ni Shell Out. Kenapa Shell Out? sebab makanan ini berasaskan makanan laut seperti Ketam, Kepah, Lala, Udang, Sotong dll lagi. Dan yang paling best cara hidangan berbeza sikit sebab stelah seafood ni semua dimasak akan dihidang terus diatas meja yang dibalut dgn parchment paper atasnya. Kalau org-org tua nampak memamg cakap makan tak senonoh kan hehe..So bila dah letak atas meja makan bersama sanak sedara atau kawan-kawan so mmg bestlah dapat makan bersama2 mcm ni nyum nyum

So bg sesiapa yg tak ada masa nak ke mana-mana restoran Shell Out, senang jer sebab hidangan ni boleh dibuat dirumah..syiokkan..Dan yg penting lagi jimat dan boleh dpat hidangan dalam kuantiti yg banyak..Meh kt tgk resepi nak buat Shell Out ni.

Bahan-Bahan 

1. 500 gm udang  - udang size sederhana hingga besar
2. 500 kg ketam - potong 2
3. 300 gm sotong
4. 300 gm kepah @ lala
5. 10 tangkai cili kering - rebus dan blend
6. 7 ulas bawang putih - cincang @ ditumbuk
7. 1/2 inci halia - dihiris halus
8. 2 biji bawang merah besar - hiris
9. 1 biji bawang holland - potong dadu
10. 1/2 inci belacan - ditumbuk
11. 1 kiub pati ayam
12. 2 sudu besar sos tiram
13. 1 sudu teh serbuk lada hitam
14. 2 sudu besar butter
15. 1/2 sudu besar serbuk kari -
16 2 hiris lemon
17. Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

1. Rebuskan semua seafood dalam periuk + air panas selama 4 ke 5 minit- pastikn air dan mendidih br masukkan seafood-

2. Masukkan butter + sedikit minyak makan dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah. Masak smpi wangi

3. Masukkan pes cili kering yang dah di blend td bersama sedikit air - masak smpi pecah minyak

4. Masukkan belacan, kiub pati ayam, serbuk kari,sos tiram, lada hitam, bwang holland,daun kari, garam dn gula secukup rasa.Gaul skejap

5. Selepas tu masukkan semua seafood tadi (jgn ambil air) Masukkan hirisan lemon dan masak 3 - 5 minit.Dah siap boleh lah mammammm! Nak makan bersama nasi pun boleh.

* sape yg suka pedas blh letak cili padi
*nak letak sayur baby corn n brokoli pun blh
* apa jenis seafood pun blh letak mcm isi ikan dan kerang. Aym dan daging dilarang sm sekali sbb dah namanya Shell Out kan