Labels

Monday 9 March 2015

Baked Potatoes Chip With Rosemary

Snack ni sedap sangat makan sambil tengok tv kat rumah. Tak payah nak beli snack kat luar lagi. Lagipun resepi snack ini sangat mudah disediakan dan sihat pulak tu. Bahan-bahan utama kentang dan Rosemary jer. Daun Rosemary segar memang susah nak dapat ( selalu beli kat Jaya Jusco ada) so boleh tukar dengan Rosemary kering. Bila dah masak nak cicah dengan apa jenis sos pun boleh, sos cili, tomato, kicap but this time i buat sos mayonis bersama hirisan daun kucai dan serbuk paprika kat atas..yumiiee..Budak-budak mesti suka snack kentang ni :).. mari tengok bahan-bahan nak buat Baked Potatoes Chip With Rosemary














































Bahan-Bahan

1. 3 biji ubi kenyang - hiris setengah inci tebal
2. 1 tangkai daun rosemary - potong kecil2 ( klu pakai yang kering anggaran dalam 1 sudu besar)
3. 1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
4. 2 sudu besar olive oil
5. garam secukup rasa


Cara-Cara

1. Gaul semua bahan-bahan diatas. Susun dalam dulang pembakar. Bakar dalam oven selama 20 ke 30 minit dengan kepanasan 200 darjah celcius. 
2. Siap boleh dihidang bersama sos kegemaran anda

Sunday 8 March 2015

Daging Kambing Masak Kurma

Cerita pasal masak kurma ni teringat mama selalu masak tine Hari Raya sahaja..Kalau dah masak kurma tu satu rumah boleh cium bau wangi dari rempah kurma. Setiap orang mempunyai cara tersendiri nak sediakan kurma ni..V ikut cara mama lah dan ada yang dah gubah sikit2..This time v pakai daging kambing..So apa lagi mari kita tengok bahan-bahan nak buat Daging Kambing Masak Kurma..
































Bahan-Bahan 

1. 1/2 kg daging batang pinang
2. 1 biji tomato - potong 4
3. 2 biji cili hijau @ merah - potong 2 jangan bg putus
4. 2 biji kentang - potong 4
5. 3 sudu besar rempah kurma - i pakai babas
6. 100 ml santan pekat - i pakai santan kara dalam kotak
7. 500 ml santan cair - ambil lg sedikit santan kara campur 500 ml air
8. 1/2 sudu besar gula melaka
9. 2 sudu besar minyak sapi
10. 1 biji bawang holland- hiris hiris
11. 1 tangkai daun kari
12. 1 keping asam
13. Garam secukup rasa


Bahan Untuk Ditumis

1. 1 biji bawang besar -
2. 2 inci halia
3. 4 ulas bawang putih
4. 2 biji cili padi
5. 1 biji buah keras

* bahan2 diatas diblend

5. 1 batang kulit kayu manis
6. 1 kuntum bunga lawang
7. 5 kuntum bunga cengkih
8. 3 biji buah pelaga
9. 1 camca teh jintan manis
10. 1 camca teh jintan putih
11. 1 camca teh serbuk ketumbar
12. 1 camca teh serbuk lada hitam


Cara-Cara

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga smpi wangi.
Masukkan jintan manis, putih ,ketumbar dan serbuk lada hitam. Gaulkan rempah kurma + bahan2 yang telah diblend tadi bersama sedikit air dan tumis sekali bersama bahan-bahan tadi. Tumis sehingga rempah kurma masak dan bau wangi lebih kurang dalam 8-10 minit.
2, Masukkan santan cair + asam keping dan kacau dalam 5 minit. Masukkan daging kambing, kentang, garam secukup rasa dan gula merah.Masak sehingga daging empuk dalam masa 20 hingga 30 minit. (tambahkan sedikit air kalau kurang)
3. Masukkan cili hijau@merah tadi, tomato, bawang holland, daun kari dan santan pekat. Masak lagi dalam 10-15 minit dan dah siap.